6 DASAWARSA

HEWI PMRAM 1 DASAWARSA

Januari 1955

Ahli PMRAM (dulunya PMM) yang mendapat biasiswa dan zakat cuba mencari pejabat setelah 25 tahun berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Mac 1955
Sebuah badan khas (badan wanita) telah ditubuhkan untuk mahasiswi. Namun masih belum mempunyai struktur yang kemas. Ketika itu, nama PMRAM ialah (PMM) Persekutuan Melayu Mesir. PMM telah berjaya mendapatkan sebuah tempat yang sederhana besarnya untuk disewa. Dan di situlah mahasiswi mula menceburkan diri dalam organisasi. Namun, keterlibatan mahasiswi ketika itu tidak meluas, kerana badan wanita ini hanya menjadi wakil khas dalam Badan Pengurus PMM sahaja disebabkan jumlah mahasiswi pada ketika itu yang masih sedikit.

Oktober 1955
Mahasiswa melayu seramai 65 orang telah mendaftarkan diri untuk menjadi askar sukarelawan menentang pencerobohan Inggeris, Perancis dan Israel. Mahasisiwi bersemangat untuk memberi sumbangan dengan mendaftarkan diri di Pejabat Badan kebajikan Masyarakat Wanita Mesir untuk diberi tugas menjahit pakaian-pakainan tentera dan pakaian-pakaian yang akan diberikan kepada keluarga-keluarga tentera yang mendapat kecelakaan di medan pertempuran Port Said.

Badan Wanita PMM terus aktif, antaranya menyertai Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Tanah Melayu yang keempat buat pertama kali di Kaherah, menganjurkan permohonan mendapatkan tempat tinggal untuk pelajar putri dan turut menggesa supaya biasiswa diberikan kepada penuntut di sini.


HEWI PMRAM 2 DASAWARSA

1965
HEWI PMRAM turut serta dalam peristiwa mogok Bahasa Kebangsaan dan tunjuk perasaan sebagai respon membantah penyelewengan terhadap pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Mereka turut bangun menyuarakan pandangan terhadap survival bahasa melayu. Berikutan itu, mahasiswa di sini telah diberi amaran keras oleh kerajaan Malaysia. Nyatalah, suara mahasiswa memang digeruni.

Jun 1970
Penubuhan badan berorganisasi dengan nama Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu dengan dikepalai oleh Awang Pon Sibon dan disusuli dengan tenaga-tenaga muda dikalangan mahasiswa al-Azhar. Pada tahun ini juga menampakkan suatu pembaharuan dengan terlantiknya seorang mahasiswi sebagai ketua Badan Pengetahuan iaitu saudari Solehah Osman. Beliau merupakan wanita ketiga di dalam Badan Pengurus PMRAM selepas Balqis Abu Bakar dan Faridah Abu Bakar. Namun begitu perlantikan ketua Badan Pengetahuan tersebut hanya sebagai perwakilan sahaja (mewakili mahasiswi ketika itu) dan tidak sebagai Badan Pengurus tetap.

1971
PMRAB ditukar kepada PMRAM. Sebagai lanjutan kepada peningkatan kerja dan rasa sedar PMRAM terhadap kebajikan mahasiswi. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mempercepatkan lagi pembinaan asrama puteri di Abbasiah. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh saudara Abdul Syukur Hashim. Lantaran itu, satu jaminan diberikan oleh kerajaan Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM 300 dan berjanji akan mendirikannya pada tahun 1972. Begitulah keadaan HEWI ketika itu yang amat mendambakan satu tempat yang selesa bagi meneruskan kehidupan seharian. PMRAM telah menghantar memorandum menuntut supaya pihak kerajaan membeli satu bangunan tambahan untuk pembinaan asrama puteri tersebut.

1975-1979
PMRAM telah digantung pendaftarannya. HEWI juga turut tidak berpeluang untuk terus mengorak langkah ke hadapan.


HEWI PMRAM 3 DASAWARSA

1980
Pemulihan pendaftaran PMRAM. Pada tahun ini bermulalah zaman perubahan dan peralihan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi. Beberapa pimpinan berkaliber telah menyusun program ke arah menghayati Islam secara syumuliah.

1982
Sebuah asrama puteri telah siap dibina dan telah dirasmikan oleh Datuk Musa Hitam,

1983
Di kesempatan itu, PMRAM mengemukakakan permohonnan peruntukan sebuah bas bagi memudahkan mahasiswi ke kuliah. Dalam majlis perasmian tersebut juga saudara Ghazali Said Yang Dipertua PMRAM telah menyampaikan ucapan dan mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya melaksanakan undang-undang Islam. Setahun selepas itu, sebuah bas sebagaimana yang telah diminta berjaya diperolehi. Kebajikan mahasisiwi dipenuhi selaku ahli PMRAM. Dengan ini, bermulalah episod kegemilangan HEWI PMRAM sebagai wadah perjuangan mahasiswi di Perlembahan Nil ini.
Permohonan siswi bagi pembelian bas telah diluluskan. HEWI PMRAM telah memiliki sebuah markaz di asrama tersebut.


HEWI PMRAM 4 DASAWARSA

1988
HEWI PMRAM yang mempunyai struktur penuh dan tetap telah mengadakan mesyuarat agung tahunan buat kali pertamanya.

1989
Menerbitkan Suara HEWI keluaran pertama.

1990
Pada awal 90-an, kehadiran mahasiswi ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar semakin memberangsangkan. HEWI PMRAM dengan kerjasama Badan Pengurus PMRAM telah berjaya meguruskan penghantaran mahasiswi ke cawangan Universiti Al-Azhar Iskandariah. Pada mulanya, seramai 24 orang terpaksa memasuki kuliah sains kemanusiaan tetapi sebahagian mereka telah membuat rayuan untuk mengikuti kuliah pengajian Islam, lalu 18 orang daripada mereka dihantar ke Iskandariah, manakala bakinya meneruskan pengajian di kuliah tersebut.

1992
· 21 Februari 1992
Menghantar wakil HEWI menghadiri perbincangan dengan TYT Duta Besar yang dibuat semata-mata bagi mendapat persetujuan PMRAM berada di bawah PMM.

Bekerjasama dengan Badan Pengurus PMRAM menguruskan penghantara maha siswi ke muhafazah cawangan Mansurah.

1993
Mula mengadakan program tahunan khusus untuk semua pimpinan HEWI BKAN dan DPM bagi menyemarakkan ukhuwah sesama mereka.

Sesi kepimpinan HEWI PMRAM 1991/1992 dilanjutkan sehingga 29 Jun 1993 rentetan Mesyuarat Agung Tahunan HEWI kali ke-6 terpaksa dibuat di Rumah Kelantan Baru setelah PMRAM tidak diizinkan untuk menggunakan Dewan Besar Asrama Rumah Melayu Abbasiyah.

1994
PMRAM telah mendapat notis keluar dari Asrama Rumah Melayu Abbasiyah disebabkan pembinaan baru asrama tersebut. Markaz HEWI PMRAM dipindahkan ke Hayyu Sabie”. Sebanyak lima kali. Bermula dari saat inilah berlakunya kemunduran HEWI PMRAM dalam berorganisasi. Segala aktiviti terpaksa dijalankan di rumah-rumah negeri.

1995
Menganjurkan semula program rehlah ke Semenanjung Sinai setelah ditawaqufkan selama dua tahun. Menghantar wakil HEWI seramai 5 orang untuk menyertai Sarasehan anjuran Persatuan Mahasiswi Indonesia (WIHDAH) di Kedutaan Indonesia. PERKEMAS (Singapura) telah bersetuju membentuk ikatan mahabbah dengan nama Ikatan Mahasiswi Islam ASEAN (IMIAS). Bekerjasama dengan Badan Pengurus PMRAM di dalam menguruskan pendaftaran ahli di Markaz Fajar.


HEWI PMRAM 5 DASAWARSA

1996
Memulihkan semula hubungan secara langsung dengan isteri-isteri pegawai kedutaan dan Jabatan Penuntut Malaysia (PERWAKILAN) dengan melibatkan mereka di dalam setiap aktiviti anjuran HEWI PMRAM. Mengemaskini corak pelaksanaan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) bagi mahasiswi.

Oktober
Menghantar wakil seramai 8 orang ke Kursus Kepimpinan anjuran BTN di Hotel Maadi.
Mengikuti perjumpaan bersama pegawai JPM dan Ketua HEWI BKAN di Hayyu Asyir.

Menghantar wakil ke majlis taklimat fasilitator di Hotel Kemet.

1997
· 25 Mac 1997
Menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi membantu Badan Pengurus menyelaraskan Pameran Kebudayaan di Universiti Ain's Syam, Kaherah.

· Mengadakan hubungan diplomatik dengan university tempatan, WIHDAH, PERKEMAS, JORDAN, SYIRIA dan HIZBI melalui program-program ukhuwah. Menerima kunjungan dan mengadakan ramah mesra bersama mahasiswi Jordan dan Mahasiswi HIZBI.

· 27 & 28 Julai 1997
Mengadakan ‘Kongres KARISMA’ yang telah Berjaya menghimpunkan hamper keseluru han mahasiswi Kaherah .Iskandariah ,Mansurah dan Syuobra bertempat di Abbasiyah. Mulai tarikh ini jugalah HEWI PMRAM mengorak langkah dengan mengadakan ucap tema tahun nya dengan tema pertamanya “Ke Arah Penyatuan Keunggulan Tarbiah Dan Kecemerlangan Thaqofah”.

· 25 & 26 September 1997
Bekerjasama dengan Badan Pengurus dalam mengadakan Seminar Penulisan dan Pelancaran Antologi Cerpen “Sinar di Horizon Nil”.

· 30 September - 4 Oktober 1997
Mengadakan Rehlah Tarbawiyah di Semenanjung Sinai.

· 7 Oktober 1997
Mengadakan program madam dan pelancaran hadhonah HEWI PMRAM.

1998
· 18 Julai 1998
As-Sohwah dijemput mengadakan persembahan di dalam program “GEYBAR WIHDAH 98”. WIHDAH (Persatuan Wanita Indonesia telah menziarahi HEWI PMRAM di Markaz HEWI PMRAM.

2000
Melantik penasihat PMRAM yang pertama di kalangan akhawat iaitu Ustazah Dayang Siti Noraini Awang Damit Yahya


2001(April)
Menganjurkan Kongres KARISMA dan menyertai PERMIS -Persidangan Mahasiswa/wi Islam Sedunia semasa Ihtifal Sab’ien Sanah-IHSAS (Perayaan Menyambut Ulangtahun 70 Tahun PMRAM) HEWI juga turut menerima kunjungan daripada Persatuan Wanita Undonesia (WIHDAH) sebagai menziarahi HEWI PMRAM di Markaz HEWI. Bagi memeriahkan lagi medan ilmu dan pembelajaran, HEWI mengambil inisiatif untuk menganjurkan program mahasiswi Cemerlang yang dihadiri oleh mahasiswi Malaysia, Thailand (Pattani), Brunei, dan Singapura. Program seperti ini mampu memberi semangat dan kesedaran kepada mahasiswi-mahasiswi untuk bersaing merebut ilmu.

2002
Menganjurkan Program Solehah dan Madrasah Saidatina Aisyah kali pertama.

2005
Menerbitkan kembali Suara Hewi, buletin rasmi HEWI PMRAM.

Suara Hewi ini diterbitkan selain bertujuan merakam aktiviti HEWI PMRAM, ia berperanan sebagai saluran penerangan terhadap isu, masalah samada tempatan mahupun peringkat global. Ia bagi mewujudkan perkongsian ilmu secara meluas.


HEWI PMRAM 6 DASAWARSA

2006
Menganjurkan Ihtifal Khamsin Sanah 2006 (IKHLAS’06) iaitu Sambutan Jubli Emas HEWI PMRAM

2007
· 15 Februari 2007
Markaz sementara HEWI PMRAM terpaksa berpindah ke Hayyu Zuhur setelah hampir sepuluh tahun bertapak di Hayyu Sabi’.

· 17-20 Mac 2007
Mengambil bahagian dalam bazar di BKAN Johor bagi menambah kewangan HEWI.

· 1 & 2 Julai 2007
Bekerjasama dengan WIHDAH dan PERKEMAS dalam melaksanakan program gabungan antara Negara ASEAN yang dibuat julung kalinya beri tempat di Nadi Syabab
Hayyu Asyir dan Dewan Haflah Kubra,Hayyu Sadis.

· 21-28 Ogos 2007
Piala Pusingan Bola Jaring Naib Pengerusi HEWI (NPH) pertama kali diperkenankan sempena A MIND (Anniversary of Malaysian National Day).

· Suara Hewi ditawaqufkan buat sementara waktu untuk memperkasakan lagi Warta PMRAM, lidah rasmi PMRAM yang Berjaya mengeluarkan dua keluaran setiap bulan.

2008
· April — Perubahan nama– nama jawatan dalam organisasi HEWI.

· 1&2 Julai — Bekerjasama dengan Wihdah dan Perkemas dalam melaksanakan program gabungan antara negara - negara Asean. Program Asean Culture yang telah diadakan bertempat di Nadi Syabab Hayyu Asyir dan Dewan Solah Kamil.

· September — Kursus Multimedia PMC khusus untuk akhwat pertama kalinya telah dianjurkan dirumah Perlis selama tiga hari.

2009
· 18-20 Julai — Telah menyertai jualan BAZAR dirumah Melaka bagi menambah kewangan Hewi PMRAM.

· 28-30 Julai — Telah menganjurkan Program HAYAT 09 khusus untuk akhwat disemua peringkat. Piala pusingan Bola Jaring (NPH) telah ditukarkan nama kepada (TPH) disebabkan perubahan nama–nama jawatan dalam organisasi.

2010
Menghadiri Program bersama Rabitah Al - Azhar (World Association Azhar Graduate) dengan beberapa penyertaan program yang di jemput bersama.

Mei 2010
Untuk kali pertama akhawat telah melibatkan diri dalam rush HISBAH.

26 Julai 2010
Seminar Bela Diri (SENJATA10) di bawah UKKK di jalankan untuk kali pertama yang melibatkan penyertaan dari akhawat.

6 & 7 Ogos 2010
Madrasah Saidatina Aisyah diadakan untuk kali ketiga selepas 2 tahun dtawaqufkan. Setiap pengisian yang telah dibentangkan oleh tenaga pengisi dari akhawat khususnya dari HEWI PMRAM sendiri.

21 September 2010
Rehlah kali pertama di bawah USR yang di namakan Hewi`s Tour telah diadakan.